Berakhirnya sebuah trilogi perbalahan
antara dua kuasa besar dalam sejarah WWE. Brock Lesnar menentang The
Undertaker. Mungkin ramai yang dah tahu kesudahannya. Selain dari match epik
itu, kita lihat sekali review match-match lain.
John Cena dikalahkan orang buangan
WWE.
Ini adalah massive suprise dari WWE. Alberto
del Rio yang dikhabarkan dipecat pada ogos tahun lalu kerana perbuatan racist
nya membuatkan comeback ketika masih lagi memegang Heavyweight Champion dalam
AAA promotion. Menang clean pula tu. Sudah lah yang menjadi manager nya adalah
Zeb Colter, juga seorang racist yang asyik dengan ideologi “We the People”. Tiba-tiba
membawa Alberto del Rio yang konfem-konfem mewakili Mexico menjadi challenger
untuk John Cena. Apa Zeb Colter tak dengar kata-kata Donald Trump yang orang
Mexico datang ke US ni untuk mengambil kerja orang-orang US. Apa apa hal pun.
Selamat bercuti John Cena.
Epic Match #1.
Roman Reigns vs. Bray Wyatt. Aku dah
kata haritu, mereka ini arch-enemies. Sepertimana Naruto dan Sasuke, Hashirama
dan Madara, Indra dan Ashura. Match Hell in A Cell yang pertama ini amat
menghiburkan. “This Is Awesome” kata sorakan dari penonton. Solid, memang kena
tengok 2, 3 kali. Ahh!!! Peduli apa aku dengan kata-kata orang tentang Roman
Reigns tak pandai bergusti. Tapi match ni memang awesome. Roman Reigns menang.
Menangguh kejuaraan kali ke 10 dan
kuasa tanduk Unicorn
New day buat upset lagi kepada Dudley
Boyz. Meskipun New day tanpa Xavier Woods yang dikatakan cedera tapi sebenarnya
berkahwin. New day masih lagi menghiburkan. Walaupun Kofi cuba untuk menipu
dengan membuatkan Bubba Ray memukulnya menggunakan trombone tapi refree tidak
tertipu. Tetapi Bubba Ray pula yang kena pukul curi dengan trombone dari Big E
dan kemudiannya Trouble In Paradise dari Kofi. 1,2,3 New day kekal juara.
Mungkin berkat tanduk Unicorn dari Xavier Woods.
Wooooooo!!!!
Charlotte menang lagi. Paige dan
Becky Lynch datang meraikan kemenangan Charlotte. Kelihatan seperti Paige
mempunyai agenda tersendiri.
Berakhirnya era Corporate Kane.
Dua tahun Kane menjadi Corporate
Kane. Selepas match semalam, mungkin tiada lagi Corporate Kane. Yang ada
hanyalah keparat Kane. Yang garang, membaling Seth macam baling bungkusan
sampah. Tapi sayang. Seperti yang dijangka Seth menang, menang clean, dengan
Pedigree. Seth masih lagi memegang kejuaraan. Lepas ini siapa untuk Seth
Rollins dan kemana hala tuju Kane.
Pop up Powerbomb untuk Ryback.
Sudahlah Kevin Owens, lepas ni cari
pesaing baru. Match yang buat aku tertido, nasib baik tak lama. Kevin Owens
berjaya mem powerbomb Ryback. Minggu lepas dia boleh powerbomb Mark Henry, kenapa
tidak Ryback kan.
Epic #2.
Kepala Brock berdarah dulu, memang
kulit kepala Brock ni nipis mungkin. Lawan Roman Reigns masa Wrestlemania haritu
pun boleh berdarah. Lepas tu, Brock nak buat Undertaker berdarah, dia buka
fighting glove nya. Dan kepala Undertaker pun berdarah tak lama kemudian. Jadi perlawanan
Brock vs Undertaker ini sudah tidak ada PG nya. Yang ada hanyalah
kenangan-kenangan indah zaman Attitude yang cuba di segarkan kembali. Hasilnya perlawanan
epik dalam sel ini. Walaupun Brock menang, tapi hanyalah selepas tiga F5.
Undertaker juga melawan, dengan Hell’s Gate dan Tombstone Piledriver diatas
kayu. Tetap juga Brock menang. Match ini diakhiri dengan “Thank You Taker” dari
penonton.
Boleh dikatakan PPV ini adalah yang
paling best selepas Wrestlemania 31 tempoh hari. Mungkin kerana persediaannya
lama. Lebih sebulan selepas Night Of Champion haritu. Dengan pengakhiran Brock
vs. Undertaker, comeback dari Alberto Del Rio, perbualan fishy dari Dean
Ambrose dan Roman Reigns dan ketiadaan John Cena selepas ini.
Yang paling penting, kemana Wyatt
Family, (Bray Wyatt, Luke Harper, Erick Rowan, Braun Strowman) membawa
Undertaker pergi semalam.
Kita tunggu Raw pasca Hell in A Cell.
























