Tuesday, March 3, 2020

Review AEW Revolution (2020)

Riho Chan :-(

AEW Revolution (2020)

Pay per view (PPV) pertama AEW tahun ini. Revolution bukanlah nama yang sedap untuk PPV. Bukan nama event yang menjadi pertaruhan, tetapi isi kandungannya yang akan dijadikan bualan.

Debut Jake Hager.
Ramai yang tahu, Jake Hager adalah seorang MMA fighter dan juga Jericho's bitch. Dustin Rhodes pula adalah abang kepada Cody. Jake Hager agak kekok menjadi seorang yang garang memanjang. No chill lah orang kata. Dan ending match ini agak anticlimax. Jake Hager buat sleeper hold dekat Dustin dan Dustin pun tap out. Simple.

Darby Allin Kalahkan Sammy Guevara.
Dua orang yang punyai potensi menjadi superstar di AEW bertembung. Fast match, good intensity. Walaupun dibelasah Sammy sebelum loceng dibunyikan, Darby Allin tetap menjadi pujaan peminat-peminat di dalam dewan. Satu Coffin Drop. Sammy pun kalah.

The Buckshort Lariat yang tak kesampaian
Adam Page: Suatu Misteri
Tag team Championship Match, Adam Page, Kenny Omega lawan Young Bucks. Orang kata ini adalah match of the night. Yup, memang menarik dan penuh emosi. Sampai satu tahap Matt Jackson snap out, belasah Adam Page tanpa belas kasihan. Akhirnya Adam Page dan Kenny Omega berjaya mengalahkan Young Bucks dalam masa 30 minit. Selepas habis match, Adam Page hampir ingin melakukan The Buckshot Lariat kepada Kenny. Tapi niat dihentikan. Apa yang berada dalam fikiran Adam Page?

Nyla Rose lawan Kris Statlander.
Walaupun AEW ada krisis dengan karisma woman division. Inilah masanya mereka berevolusi. Match yang tidak bosan sangat, lagi-lagi dapat lihat Kris Statlander senyum. Cuma Nyla Rose terlalu kuat dan dapat mengekalkan Woman Champion beliau.

MJF pecah muka dibelasah Cody.
Satu lagi match emosi. MJF datang dengan penuh riak bersama Wardlow, manakala Cody datang bawak kawan-kawan, coach, isteri dan band untuk mainkan theme song beliau. Mereka bertembung, kali pertama. Untuk Cody membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada Full Gear lalu. MJF berdarah muka dibelasah Cody. Cody menguasai gelanggang. MJF tak dapat berbuat apa-apa, Sehinggalah MJF menumbuk muka Cody dengan cincin berlian. Cody pengsan, MJF pin. 1,2,3. MJF kalahkan Cody. Ini upset. Dewan senyap. Terkedu, hero pujaan kalah kepada penjahat keji. Cody kalah sekali lagi dalam PPV.

Superman Punch bai. Superman Punch!!

Pac VS Orange Cassidy.
Ini adalah Match Of the Night bagi aku. Siapa sangka Orange Cassidy boleh bergusti macam tu. Damn. 13 minit yang sangat menghiburkan. Cuma sedikit kecewa apabila Orange Cassidy tidak melakukan 450 splash. Kita semua tahu Pac akan menang, tapi dengan intensity yang macam ni. Wow. Kali terakhir aku rasa seronok macam ni adalah masa Extreme Rules 2014, Match WeeLC antara El torito lawan Hornswoggle. Orange Cassidy patut dapat title. AEW, sila buat secondary title untuk mid carder.

Grrr.. Grr..
Final Match, Your Main Event of the evening.
Ini satu lagi match berdarah. Jon Moxley kalahkan Chris Jericho. Match yang biasa-biasa. Mungkin kerana faktor umur Jericho tapi masih menghiburkan. Dengan Inner Circle membantu Jericho dan hampir membuahkan hasil. Moxley akhirnya membuka penutup mata kanannya, mengeluarkan segala chakuranya untuk melakukan Paradigm Shift terhadap Jericho. Boom. JON MOXLEY IS YOUR NEW AEW CHAMPION.

Ending.
Jon Moxley memang dijangka menang, dan mungkin pencabar seterusnya adalah Pac atau mungkin juga Lance Archer. Siapa tahu.

PPV yang solid. Rasanya inilah sebab AEW inginkan hanya 4 PPV setahun. Untuk deliver rasa puas hati yang teramat sangat untuk peminatnya. Ya, jauh beza dengan Super Showdown. Storyline yang cantik lagi-lagi pasal Adam Page dan Young Bucks. Next AEW PPV, Double or Nothing May nanti. Semoga AEW terus success. 


Want to watch or download this PPV?
CLICK HERE
CLICK HERE
CLICK HERE




Monday, March 2, 2020

AEW Revolution 2020 PPV WEB 560p 1.1GB nItRo


[FORMAT]:………………………….:[ Matroska
[GENRE]:………………………… .:[ Sports | Entertaiment
[FILE SIZE]:……………………….:[ 1.1GB
[RESOLUTION]:………………………:[ 840×408
[LANGUAGE ]:……………………….:[ English
[RELEASE RUNTIME]:………………….:[ 3h 51min
[SOURCE]:…………:[ AEW.Revolution.2020.PPV.WEB.H264-HEEL
[Encoder]:…………………………:[ nItRo


Watch Online
PART1 
PART2
PART3
PART4

Download
LINK
MIRROR LINK





Friday, February 28, 2020

REVIEW Super Showdown 2020


Super Showdown 2020

PPV istimewa Arab Saudi datang lagi. Menampilkan ramai superstar dari Raw, Smackdown dan jangan dilupakan, Mansoor. Secara jujurnya, aku masih lagi diawangan dengan rancangan Dynamite semalam. Jadi, review hari ini akan tidak nampak indah dek kerana awesome nya perlawanan Kenny Omega dan 'The Bastard' PAC dalam stipulation Iron Man 3o minit semalam. Best match of the year so far.

Siti Nur Lana mengiringi Bobby Lashley
Tuwaiq Mountain Gauntlet Match.
R truth, Bobby Lashley, Andrade, Erick Rowan, AJ style, Rey Mysterio. Ini bukan match serius. Ini match untuk comedy tapi tiada seorang pun gelak. R truth sebagai comedy act agak kurang diterima di Arab Saudi. Dia singkirkan Lashley, Andrade, Rowan semuanya secara tak sengaja (lawak la tu kononnya). Pemenangnya Undertaker sebab gantikan Mysterio yang dibelasah OC sebelum masuk gelanggang. buat chokeslam sekali dengan AJ. Pin dan menang. Serius shit. Aku secara peribadi tak suka betul kalau ada pemenang diluar kawalan macam ni. Nasib baik Lana keluar sebagai Siti Nur Lana tadi. mengubat hati yang panas ini.

The Dirt Sheet telah kembali.
John Morrison dan The Miz kalahkan Big E dan Kofi Kingston dalam perlawanan yang agak so so. Ia sekadar ada dan tidak menyeronokkan. Mungkin sebab itu Morrison dan Miz menang.

Humberto Carillo lawan Angel Garza.
Bukan peminat dua-dua superstar ini. Orang Arab pun setuju dengan aku. Akhirnya Angel Garza menang.

Perlawanan Tag Team Championship yang kedua.
Lebih menarik. Match antara Seth Rollins, Murphy dan Street Profit. Tag team champion masih kekal. Street Profit ini nampak promising. diorang tidak se annoying macam New day. Moga-moga mereka peroleh kemenangan satu hari nanti.

Mansoor penyelamat Arab Saudi.
Mansoor menang lagi. Kali ini kalahkan Dolph Ziggler. Walaupun tidak seseronok seperti lawan Cesaro tahun lalu tapi tetap menghiburkan.

Ricochet lawan Brock Lesnar(C).
4 Suplex, dan tamat. Macam yang dijangka. TAPI, match ini much better than Kofi lawan Brock tahun lepas.

Steel Cage Match.
King Corbin dan Roman Reign lagi. Pergi mampus sama ini feud. Macam dah tak wujud orang lain lagi nak dilawannya. Sorry aku ter compare dengan match Cody lawan Wardlow minggu lepas. Dan match ini.. hmmm...

Ricochet lawan Brock Lesnar(C).
4 Suplex, dan tamat. Macam yang dijangka. TAPI, match ini much better than Kofi lawan Brock tahun lepas.

Bayley, Naomi ber t-shirt labuh.
Match pelengkap. Bayley tunjukkan yang beliau memang mendominasi division wanita. Siapa lagi yang mampu kalahkan beliau. Entahlah.

Pak cik Spear dan Jackhammer
Main Event of The Evening.The Fiend Lawan Goldberg. 4 Spear, 2 Mandible Claw, 1 Jack Hammer. Goldberg menjadi Universal Champion kali ke dua. Mengejutkan semua termasuk aku.

Kesimpulan.
Dua match besar berakhir dengan squashing. Tipikal WWE. Sampai aku sendiri pun tak tau apa match of the night. Semuanya terlalu biasa. Kalau disuruh pilih juga, aku pilih Seth Rollins dan Murphy lawan Street Profit.

Tazzabar nak tengok AEW Revolution Ahad ni.


Want to watch or download this PPV?
CLICK HERE
CLICK HERE
CLICK HERE



WWE Super ShowDown 2020 PPV WEB 950MB nItRo



WWE Super ShowDown 2020 PPV WEB 
[FORMAT]:………………………….:[ Matroska 
[GENRE]:………………………… .:[ Sports | Entertainment 
[FILE SIZE]:……………………….:[ 950MB 
[RESOLUTION]:………………………:[ 1280×533
[LANGUAGE ]:……………………….:[ English
[RELEASE RUNTIME]:………………….:[ 1h 51min 
[SOURCE]:…………:[ WWE.Super.ShowDown.2020.PPV.WEB.H264-HEEL 
[Encoder]:…………………………:[ nItRo 



Watch Online
PART1 
PART2 
PART3
PART4


Download
LINK
MIRROR LINK








Wednesday, January 29, 2020

Review Royal Rumble 2020

Apabila kau perasan juara Royal Rumble lelaki tiada dalam gambar dan Sasha Banks tiada pun dalam PPV ni

First pay-per-view (PPV) untuk tahun ini. Macam tahun-tahun sebelumnya, Royal Rumble akan memdahului senarai PPV pada tahun 2020.

Roman Reign Terus Mara untuk Rakyat Semua
Perlawanan pertama dengan ketetapan Jatuh Kira Dimana-mana (Fall Count Anywhere) menampilkan Roman Reign berjaya mengalahkan Raja Paling Menjengkelkan, King Corbin. Walaupun dengan bantuan dari Dolph Ziggler dan Robert Roode, Corbin tetap gagal menewaskan Reigns. Ye la, Reigns pun bawak kroni jugak, Jimmy dan Jey Uso yang berambut pendek. Keseluruhan match ini menghiburkan. Roman dapat cheer dan berharap agar beliau terus mendapat cheer dari peminat seantero dunia.

Royal Rumble Wanita
Memang dapat dijangka pemenangnya. Memandangkan ini baru edisi ketiga royal rumble wanita. Sudah pasti kita dapat jangka pemenangnya datang dari powerhouse division wanita. Powerhouse nya adalah seperti, Alexa Bliss, Charlotte, Shayna Bazsler dan mungkin Kairi Sane. Yang lain hanyalah pelengkap sahaja. Mujur Santina Marella datang memeriahkan suasana. Tiada comeback yang dinanti (baca: Ronda Rousey) dan yang paling mengejutkan adalah ramai dari NXT iaitu seramai 12 orang. Wow.

Bayley kalahkan Lacey
Heel Bayley kalahkan Face Lacey. Tiada yang istimewa. bak kata internet wrestling community. A piss break.

The Fiend: dipijak-pijak tak mati
Kekebalan The Fiend diteruskan. Walaupun tidak bergusti dibawah cahaya senja nan merah. The Fiend masih utuh membelasah Daniel Bryan seadanya. Salah Daniel juga yang memilih ketetapan Strap Match dimana kedua-dua perlu diikat dengan tali supaya tidak dapat melarikan diri. The Fiend masih kebal tanpa calar dari mana-mana pencabarnya lagi.

Becky Lynch; The Man yang semakin mengada-ngada.
Tahukan anda ketika Becky muncul dengan gimik The Man, semua orang menjadi gila lalu menggelarkan beliau sebagai jelmaan Stone Cold versi wanita. Kemudian mula digandingkan dengan Seth Rollins yang juga tunangannya di dunia nyata. Lalu menyebabkan aura The Man itu hilang, Jelmaan Stone Cold menjadi Jelmaan Chyna. Kini, The Man hanyalah watak yang perlu dihapuskan menurut pendapat internet wrestling community (IWC). Dan watak yang bertanggungjawab menghapuskannya hanyalah Ronda Rousey.

Lalu menyebabkan Asuka perlu kalah dalam perlawanan ini.

Menitis air mata jantan Drew McIntyre. Terharu la tu,

Royal Rumble Lelaki.
Segalanya menghiburkan. Brock Lesnar sebagai peserta no.1 (walaupun peserta no.2 juga bermula sama dengan peserta no.1, tiada siapa kisah dengan peserta no.2). Gabungan sementara Kofi, Big E dan Rey Mysterio. Kali ini Kofi tidak melakukan aksi stunt seperti edisi-edisi lepas. Baguslah sebab Kofi ini bekas Juara Dunia, dah naik standard. Seth Rollin bawa pengikutnya belasah Samoa Joe dan Kevin Owens. Dan yang paling di highlightkan adalah

Edge is back. Satu-satunya entrance royal rumble yang ada pyro. Spear dimana-mana, ke siapa saja. bertahan selama 23 minit (ketiga paling lama selepas Brock dan Drew) sebelum dihumban keluar oleh Roman Reigns.

Drew McIntyre sebagai juara juga sangat bertepatan. Daripada dia bergelumang dengan King Corbin seperti sebelum ini, eloklah jika dia bergerak secara solo. Maka dengan kemenangan ini, Drew McIntyre akan menjadi main event untuk Wrestlemania 36 dan akan berentap dengan pemegang WWE Championship sekarang ini. Brock Lesnar.

Perlawanan impian bukan?

Kesimpulan
PPV yang fresh, kebanyakannya menarik, dan permulaan yang bagus untuk dekad 20-an ini.


Nak tengok PPV ini? Tekan SINI


Tuesday, January 14, 2020

Selamat Tahun 2020

Match of the Year: Moxley v. Omega. AEW Full Gear. November 9, 2019


Selamat Tahun 2020.

Tahun 2019, adalah tahun yang baik dalam kalendar gusti antarabangsa. Dengan tertubuhnya satu lagi wrestling promotion iaitu AEW. Dibiayai oleh Tony Khan, anak pemilik Kelab Ragbi Amerika, Jacksonville Jaguars. Sekali gus memberi saingan yang sihat untuk mencabar monopoli WWE.

Tahun 2019 juga, mengembalikan apa yang dipanggil sebagai Rating War sepertimana yang berlaku lebih 20 tahun lepas antara WWE dan WCW. Tetapi kali ini WWE dicabar oleh promotion baru, AEW yang diketuai oleh Cody Rhodes. AEW diwakili oleh Wednesday Night Dynamite manakala WWE diwakili oleh WWE NXT.

Selain daripada dua promosi utama ini. Promosi yang lain turut berusaha untuk menjadikan mereka lebih baik. Seperti NJPW semakin mendapat tempat dihati peminat antarabangsa. NWA, entah dari mana kembali menjadi bait-bait dibibir peminat. Impact juga, bagaikan phoenix cuba untuk bangkit dari abu. Melangsungkan enam PPV berbanding separuh dari tahun sebelumnya.

Berkata tentang phoenix. Nor 'Phoenix' Diana, Penggusti Wanita pertama Malaysia, telah dipanggil untuk menyertai Pro-Wrestling: EVE (EVE) yang bertapak di United Kingdom. Perlu diketahui EVE ini telah melahirkan penggusti hebat seperti Paige, Nikki Cross dan pemegang NXT UK Woman Champion kini, Kay Lee Ray. Semoga Phoenix terus maju untuk industri gusti tanah air.

2019 tahun yang hebat.

2020?