Tuesday, October 27, 2015

REVIEW : HELL IN A CELL (2015)



Berakhirnya sebuah trilogi perbalahan antara dua kuasa besar dalam sejarah WWE. Brock Lesnar menentang The Undertaker. Mungkin ramai yang dah tahu kesudahannya. Selain dari match epik itu, kita lihat sekali review match-match lain.

John Cena dikalahkan orang buangan WWE.
Ini adalah massive suprise dari WWE. Alberto del Rio yang dikhabarkan dipecat pada ogos tahun lalu kerana perbuatan racist nya membuatkan comeback ketika masih lagi memegang Heavyweight Champion dalam AAA promotion. Menang clean pula tu. Sudah lah yang menjadi manager nya adalah Zeb Colter, juga seorang racist yang asyik dengan ideologi “We the People”. Tiba-tiba membawa Alberto del Rio yang konfem-konfem mewakili Mexico menjadi challenger untuk John Cena. Apa Zeb Colter tak dengar kata-kata Donald Trump yang orang Mexico datang ke US ni untuk mengambil kerja orang-orang US. Apa apa hal pun. Selamat bercuti John Cena.

Epic Match #1.
Roman Reigns vs. Bray Wyatt. Aku dah kata haritu, mereka ini arch-enemies. Sepertimana Naruto dan Sasuke, Hashirama dan Madara, Indra dan Ashura. Match Hell in A Cell yang pertama ini amat menghiburkan. “This Is Awesome” kata sorakan dari penonton. Solid, memang kena tengok 2, 3 kali. Ahh!!! Peduli apa aku dengan kata-kata orang tentang Roman Reigns tak pandai bergusti. Tapi match ni memang awesome. Roman Reigns menang.

Menangguh kejuaraan kali ke 10 dan kuasa tanduk Unicorn
New day buat upset lagi kepada Dudley Boyz. Meskipun New day tanpa Xavier Woods yang dikatakan cedera tapi sebenarnya berkahwin. New day masih lagi menghiburkan. Walaupun Kofi cuba untuk menipu dengan membuatkan Bubba Ray memukulnya menggunakan trombone tapi refree tidak tertipu. Tetapi Bubba Ray pula yang kena pukul curi dengan trombone dari Big E dan kemudiannya Trouble In Paradise dari Kofi. 1,2,3 New day kekal juara. Mungkin berkat tanduk Unicorn dari Xavier Woods.

Wooooooo!!!!
Charlotte menang lagi. Paige dan Becky Lynch datang meraikan kemenangan Charlotte. Kelihatan seperti Paige mempunyai agenda tersendiri.

Berakhirnya era Corporate Kane.
Dua tahun Kane menjadi Corporate Kane. Selepas match semalam, mungkin tiada lagi Corporate Kane. Yang ada hanyalah keparat Kane. Yang garang, membaling Seth macam baling bungkusan sampah. Tapi sayang. Seperti yang dijangka Seth menang, menang clean, dengan Pedigree. Seth masih lagi memegang kejuaraan. Lepas ini siapa untuk Seth Rollins dan kemana hala tuju Kane.

Pop up Powerbomb untuk Ryback.
Sudahlah Kevin Owens, lepas ni cari pesaing baru. Match yang buat aku tertido, nasib baik tak lama. Kevin Owens berjaya mem powerbomb Ryback. Minggu lepas dia boleh powerbomb Mark Henry, kenapa tidak Ryback kan.

Epic #2.
Kepala Brock berdarah dulu, memang kulit kepala Brock ni nipis mungkin. Lawan Roman Reigns masa Wrestlemania haritu pun boleh berdarah. Lepas tu, Brock nak buat Undertaker berdarah, dia buka fighting glove nya. Dan kepala Undertaker pun berdarah tak lama kemudian. Jadi perlawanan Brock vs Undertaker ini sudah tidak ada PG nya. Yang ada hanyalah kenangan-kenangan indah zaman Attitude yang cuba di segarkan kembali. Hasilnya perlawanan epik dalam sel ini. Walaupun Brock menang, tapi hanyalah selepas tiga F5. Undertaker juga melawan, dengan Hell’s Gate dan Tombstone Piledriver diatas kayu. Tetap juga Brock menang. Match ini diakhiri dengan “Thank You Taker” dari penonton.

Boleh dikatakan PPV ini adalah yang paling best selepas Wrestlemania 31 tempoh hari. Mungkin kerana persediaannya lama. Lebih sebulan selepas Night Of Champion haritu. Dengan pengakhiran Brock vs. Undertaker, comeback dari Alberto Del Rio, perbualan fishy dari Dean Ambrose dan Roman Reigns dan ketiadaan John Cena selepas ini.

Yang paling penting, kemana Wyatt Family, (Bray Wyatt, Luke Harper, Erick Rowan, Braun Strowman) membawa Undertaker pergi semalam.

Kita tunggu Raw pasca Hell in A Cell. 

Monday, October 26, 2015

WWE Hell In A Cell (2015) PPV WEBRip 775MB nItRo




Story Line:

Brock Lesnar looks to lay his rivalry with The Undertaker to rest inside Hell in a Cell. Plus, Roman Reigns, Seth Rollins, and many more! 

[FORMAT]:………………………….:[ Matroska
[GENRE]:………………………… .:[ Sports | Entertainment
[FILE SIZE]:……………………….:[ 775 MB
[RESOLUTION]:………………………:[ 720×400
[LANGUAGE ]:……………………….:[ English
[SUBTITLES]:……………………….:[ none
[RELEASE RUNTIME]:………………….:[ 2h 54min
[SOURCE]:…………:[ WWE Hell In A Cell 2015 PPV WEBRip h264-WD
[Encoder]:…………………………:[ nItRo


CLICK HERE TO DOWNLOAD

PASSWORD : 300mbfilms


Thanks

Thursday, October 22, 2015

PREVIEW: HELL IN A CELL 2015



Hell in A Cell kali ini menampilkan dua match dalam cell. Match antara Roman Reigns vs. Bray Wyatt dan juga The Undertaker vs. Brock Lesnar.

Semua maklum bahawa lampu tinggi adalah pada match Undertaker vs. Brock Lesnar. Mengharapkan pengakhiran trilogi perbalahan antara dua kuasa besar dalam WWE ini. Prediksi aku untuk match ini adalah kemenangan Brock Lesnar dengan melunyaikan The Undertaker. Bukan kerana membenci Undertaker tapi cukuplah Undertaker, kawan-kawannya semua sudah mula masuk ke Hall Of Fame, dia masih membanting tulang di atas gelanggang gusti.

Roman Reigns vs. Bray Wyatt, boleh dikatakan ini adalah arch-enemis generasi baru. Seperti mana The Rock dan Stone Cold, John Cena dan Randy Orton. Kali ini mereka akan bergusti dalam Hell in A Cell tanpa gangguan rakan mereka iaitu Dean Ambrose, Braun Strowman dan Erick Rowan. Khabarnya Luke Harper tidak ada kerana masalah peribadi. Aku predict Roman Reigns akan menang.

Perlawanan tumpuan lain iaitu Seth Rollins vs. Demon Kane. Perlawanan ini mengingatkan aku pada perlawanan Demon Kane vs. Daniel Bryan pada Extreme Rules 2014. Menghiburkan tetapi tiada effect. Jadi Seth Rollins lah akan menang. Walaupun stipulation nya mengatakan jika Kane kalah, dia akan dilucutkan jawatan Director of Operation. Aku rasa Kane akan ada jalan cerita lain.

John Cena Open Challenge. Prediksi mudah. John Cena akan kalah, kerana dikhabarkan dia akan mengambil cuti panjang selepas ini. So, pada sesiapa yang akan mencabar John Cena malam itu, pasti akan menang. Dalam keadaan clean atau tidak, itu masih dalam persoalan.

Prediksi perlawanan lain.

Dudley Boyz kalah kan New Day.
Kevin Owens kalah kan Ryback
Charlotte kalahkan Nikki Bella


Jadi, marilah sama-sama kita menonton Hell In a Cell pada Isnin, 26 Oktober jam 9.00 pagi.