Tuesday, October 27, 2015

REVIEW : HELL IN A CELL (2015)



Berakhirnya sebuah trilogi perbalahan antara dua kuasa besar dalam sejarah WWE. Brock Lesnar menentang The Undertaker. Mungkin ramai yang dah tahu kesudahannya. Selain dari match epik itu, kita lihat sekali review match-match lain.

John Cena dikalahkan orang buangan WWE.
Ini adalah massive suprise dari WWE. Alberto del Rio yang dikhabarkan dipecat pada ogos tahun lalu kerana perbuatan racist nya membuatkan comeback ketika masih lagi memegang Heavyweight Champion dalam AAA promotion. Menang clean pula tu. Sudah lah yang menjadi manager nya adalah Zeb Colter, juga seorang racist yang asyik dengan ideologi “We the People”. Tiba-tiba membawa Alberto del Rio yang konfem-konfem mewakili Mexico menjadi challenger untuk John Cena. Apa Zeb Colter tak dengar kata-kata Donald Trump yang orang Mexico datang ke US ni untuk mengambil kerja orang-orang US. Apa apa hal pun. Selamat bercuti John Cena.

Epic Match #1.
Roman Reigns vs. Bray Wyatt. Aku dah kata haritu, mereka ini arch-enemies. Sepertimana Naruto dan Sasuke, Hashirama dan Madara, Indra dan Ashura. Match Hell in A Cell yang pertama ini amat menghiburkan. “This Is Awesome” kata sorakan dari penonton. Solid, memang kena tengok 2, 3 kali. Ahh!!! Peduli apa aku dengan kata-kata orang tentang Roman Reigns tak pandai bergusti. Tapi match ni memang awesome. Roman Reigns menang.

Menangguh kejuaraan kali ke 10 dan kuasa tanduk Unicorn
New day buat upset lagi kepada Dudley Boyz. Meskipun New day tanpa Xavier Woods yang dikatakan cedera tapi sebenarnya berkahwin. New day masih lagi menghiburkan. Walaupun Kofi cuba untuk menipu dengan membuatkan Bubba Ray memukulnya menggunakan trombone tapi refree tidak tertipu. Tetapi Bubba Ray pula yang kena pukul curi dengan trombone dari Big E dan kemudiannya Trouble In Paradise dari Kofi. 1,2,3 New day kekal juara. Mungkin berkat tanduk Unicorn dari Xavier Woods.

Wooooooo!!!!
Charlotte menang lagi. Paige dan Becky Lynch datang meraikan kemenangan Charlotte. Kelihatan seperti Paige mempunyai agenda tersendiri.

Berakhirnya era Corporate Kane.
Dua tahun Kane menjadi Corporate Kane. Selepas match semalam, mungkin tiada lagi Corporate Kane. Yang ada hanyalah keparat Kane. Yang garang, membaling Seth macam baling bungkusan sampah. Tapi sayang. Seperti yang dijangka Seth menang, menang clean, dengan Pedigree. Seth masih lagi memegang kejuaraan. Lepas ini siapa untuk Seth Rollins dan kemana hala tuju Kane.

Pop up Powerbomb untuk Ryback.
Sudahlah Kevin Owens, lepas ni cari pesaing baru. Match yang buat aku tertido, nasib baik tak lama. Kevin Owens berjaya mem powerbomb Ryback. Minggu lepas dia boleh powerbomb Mark Henry, kenapa tidak Ryback kan.

Epic #2.
Kepala Brock berdarah dulu, memang kulit kepala Brock ni nipis mungkin. Lawan Roman Reigns masa Wrestlemania haritu pun boleh berdarah. Lepas tu, Brock nak buat Undertaker berdarah, dia buka fighting glove nya. Dan kepala Undertaker pun berdarah tak lama kemudian. Jadi perlawanan Brock vs Undertaker ini sudah tidak ada PG nya. Yang ada hanyalah kenangan-kenangan indah zaman Attitude yang cuba di segarkan kembali. Hasilnya perlawanan epik dalam sel ini. Walaupun Brock menang, tapi hanyalah selepas tiga F5. Undertaker juga melawan, dengan Hell’s Gate dan Tombstone Piledriver diatas kayu. Tetap juga Brock menang. Match ini diakhiri dengan “Thank You Taker” dari penonton.

Boleh dikatakan PPV ini adalah yang paling best selepas Wrestlemania 31 tempoh hari. Mungkin kerana persediaannya lama. Lebih sebulan selepas Night Of Champion haritu. Dengan pengakhiran Brock vs. Undertaker, comeback dari Alberto Del Rio, perbualan fishy dari Dean Ambrose dan Roman Reigns dan ketiadaan John Cena selepas ini.

Yang paling penting, kemana Wyatt Family, (Bray Wyatt, Luke Harper, Erick Rowan, Braun Strowman) membawa Undertaker pergi semalam.

Kita tunggu Raw pasca Hell in A Cell. 

No comments:

Post a Comment