Monday, September 12, 2016

REVIEW: BACKLASH (2016)


PPV pertama yang mengasingkan dua brand dan ini khas untuk SmackDown. Dua kejuaraan baru dipertandingkan, dengan dua perlawanan pertahankan kejuaraan.

Six-pack elimination challenge
Cabaran penyingkiran enam orang perempuan bagi merebut WWE Smackdown Woman Championship. Selalunya aku tak ambil port pasal gusti perempuan ni lebih-lebih lagi yang melibatkan perempuan-perempuan gedik. Tapi untuk match pertama ini, ia mengambil perhatian aku. Perlawanan yang solid ditunjukkan oleh Becky Lynch, Alexa Bliss, Carmella, Naomi, Natalya dan Nikki Bella. Kemenangan mutlak oleh Becky Lynch setelah setahun dia dikaburi oleh bayangan Charlotte dan Sasha Banks. Roster perempuan di Smackdown ini tak ramai, ada 6 orang tu je la. Campur seorang lagi, yang tengah digantung 30 hari, Eva Marie.

WWE Smackdown Tag Team Championship
Aku masih lagi tak dapat terima lagi nama baru untuk tag team championship kat smackdown ni. Sama lah dengan designnya, yang sama dengan tag team untuk raw. Hanya warna yang membezakan keduanya. Tapi itu bukan penghalang untuk aku enjoy jalan cerita yang begitu menghiburkan dalam tag team division ini. Dengan kembalinya Heath Slater, the hottest free agent bergandingan dengan Rhyno mencabar kejuaraan ini untuk Heath mendapatkan kontrak.

Tak cukup dengan itu, American Alpha, stable paling berpengaruh dalam Smackdown yang pada mulanya menjadi favourite sebelum The Usos, memusnahkan segalanya. Ye, Usos menjadi heel, dan imejnya dalam PPV kali ini memang terbaik.

Perlawanan akhir antara Heath dan Rhyno menentang Usos. Akhirnya dengan Rhyno melakukan Spear terhadap Jimmy Uso, membuatkan Heath melakukan pin. Heath Slater, Rhyno membuat kejutan memenangi WWE Smackdown Tag Team Championship sekaligus kontrak untuk Heath Slater. Bolehlah Slater memberi makan anak-anaknya nanti.

Miz, Heel sebenar.
Kelemahan Smackdown, bagi aku adalah diorang tiada heel yang kuat. Kalau RAW kita ada Stephanie McMahon. Kalau Smackdown, Miz lah orangnya. Dengan pipebomb nya terhadap Daniel Bryan di Talking Smack tempoh hari menyerlahkan karakter heel sejati. Sehinggalah Dolph Ziggler mencabarnya untuk Intercontinental Championship.

Seperti dijangka, Maryse mengganggu perlawanan, menyembur cecair ke muka Dolph Ziggler dan Miz dengan Skull Crusher Finale nya, pin dan masih lagi mempertahankan Intercontinental Championshipnya.

Kepulangan Demon Kane.
Randy Orton tak dapat medical release untuk perlawanan ini, menyebabkan Bray Wyatt menang tanpa bertanding tetapi dia dijadualkan untuk berlawan dengan Demon Kane, No Hold Barred. Kenapa No Hold Barred? Sebabnya Randy Orton datang dan meng RKO outtanowhere Bray Wyatt dan memberikan kemenangan kepada Kane. Sudah lama rasanya Kane tak menang PPV kan?

Zaman kejatuhan Ambrose?
Dean Ambrose VS Aj Styles. Ramai yang bersorak kepada AJ, bukan kepada Ambrose. Entah kemana sorakan Ambrose ketika dia memenangi Money in The Bank tempoh hari. Malam ini masing-masing bersorak untuk Aj. Seperti ramalan, AJ Style menang selepas buat low blow ketika ref tak nampak diikuti dengan Style Clash.


PPV ini adalah contoh PPV yang bagus, dengan jalan cerita yang cukup menghiburkan, tak hairanlah Smackdown lebih digemari dari RAW. Jadi persoalannya, apa selepas ini untuk Randy Orton, Kane, Bray wyatt, Baron Corbin, Dolph Ziggler dan yang paling penting adalah John Cena. Semoga mereka akan dinaungi sebaiknya oleh team kreatif SmackDown.

No comments:

Post a Comment