Saturday, August 29, 2015

HIGHLIGHT RAW PASCA SUMMERSLAM (25 OGOS 2015)


Sesungguhnya RAW pasca mana-mana PPV adalah yang ditunggu-tunggu oleh semua. Untuk edisi kali ini, memang banyak elemen kejutan yang diberikan untuk peminat dari WWE.

Kepulangan Dudley Boyz.
Semua tahu yang Dudley Boyz adalah antara stable paling disegani ketika zaman kegemilangannya dulu. Siapa akan lupa perlawanan tangga epik di Summerslam yang melibatkan Dudley Boyz, Hardy Boyz dan Edge&Christian satu masa dulu. Perlawanan itu ditabalkan sebagai perlawanan tag team terbaik sepanjang zaman.

Kini WWE memberikan satu senyuman kepada WWE Universe dengan mengimbas kembali kenangan bersama Dudley Boyz. Cuma yang ditakuti adalah bagaimana WWE menyusun jalan cerita untuk mereka. Jangan sampai jadi macam New Age Outlaw pada awal tahun 2014 sudahlah.


Devon!!! Get the table!!

Sting mencabar Authority
Sememangnya Authority ini perlu ada tentangan. Dan seperti akhir tahun lepas, Sting menjadi penentang terakhir selepas beberapa penggusti lain gagal untuk menentang Authority. Dan seterusnya membuatkan perlawanan Triple H menentang Sting pada Wrestlemania 31.

Kali ini skripnya sama, selepas Dean Ambrose, Brock Lesnar, John Cena gagal untuk mengalahkan Authority, tinggal Sting yang tiba-tiba muncul untuk menyelamatkan WWE dari ditakluk oleh Authority. Sekaligus mencabar Seth Rollins untuk kejuaraan WWE World Heavyweight Champion di Night of Champions nanti.

Peek-a-boo!!!

Ahli baru Wyatt Family
Selepas Erick Rowan meninggalkan Wyatt Family akhir tahun lalu untuk join Team Cena dalam Survivor Series, ramai yang mengagak Wyatt Family takkan bersatu semula, sama seperti The Shield. Tapi malam tadi kehadiran seorang lelaki jantan bertubuh sasa memakai topeng kambing berwarna hitam datang menghentak Dean Ambrose dan Roman Reigns menjadi lunyai.



Siapa sangka Roman Reigns yang bertubuh sasa dan tinggi itu diayam-ayamkan oleh ahli baru Wyatt Family tu. Menjadikan perbalahan mereka berat sebelah dengan 3 orang menentang 2 orang. Siapa yang akan menjadi ahli baru The Shield, itu menjadi tanda tanya.

Wyatt Family
Nama ahli baru Wyatt family itu adalah Braun Stowman, salah seorang pelatih NXT yang telah masuk ke WWE selama beberapa tahun. Dia memakai topeng kambing berwarna hitam sebagai tanda anti kepada Erick Rowan.
                               

Oh ye! Dia juga adalah seorang Rosebuds Adam Rose!!


Friday, August 28, 2015

SummerSlam (2015) Review



Ahad lepas, SummerSlam di Brooklyn sehari selepas NXT TakeOver juga di Brooklyn. Selama 4 jam, WWe menyediakan 10 perlawanan yang mempunyai jalan cerita yang kukuh memandangkan jarak antara SummerSlam dan PPV sebelum ini BattleGround yang jauh iaitu enam minggu, cukup untuk 10 perlawanan ini mempunyai jalan ceritanya masing-masing.


Sheamus kalahkan Randy Orton.
Solid, dimenangi oleh Sheamus. Penamat yang terbaik. Dua kali Brogue Kick dari Sheamus untuk Randy. Harap lepas ini tiada lagi perbalahan dua orang ini.

New Day kalahkan Prime Time Player (pemegang kejuaraan), Los Matadores dan Lucha Dragon untuk Tag Team Championship
Perlawanan ini adalah contoh rasicm yang ada dalam WWE dimana kumpulan orang hitam menentang kumpulan orang Mexico. Haha. Yang menarik perhatian adalah kebijaksanaan New Day memastikan yang mereka dapat merampas kembali Tag Team Champion daripada Prime Time Player. Perlawanan yang seronok. Diakhiri dengan tarian tak masuk akal oleh New Day. Seronok betul diorang ni menang. Kita yang tengok pun rasa terhibur.

Dolph Ziggler (dan Lana) kalahkan Rusev (dan Summer Rae)
Ending yang kurang menarik. WWE masih tak mahu Rusev kena pin walaupun hari tu dah dikalahkan bersih oleh John Cena membuatkan ramai yang tak puas hati dengan perlawanan ini dan mengharapkan perbalahan diorang berakhir disini. Tapi tengok keadaan macam tak akan habis kat SummerSlam je.

Stephen Amell dan Neville kalahkan Stardust dan King Barret
Penampilan istimewa pelakon Siri Arrow ini tidak banyak memberi impak, perlawanan yang agak biasa. Lebih seronok promo nya berbanding perlawanan sebenar. Tapi jika dilihat dari sudut positifnya, itu adalah penghargaan istimewa untuk Stephen Amell sebagai peminat tegar WWE. Tunggulah 20 tahun, ada la tu Stephen Amell masuk Hall of Fame.

Stephen Amell membalingkan dirinya ke arah Stardust dan King Barret

Ryback (Juara) kalahkan Big Show dan The Miz untuk Intercontinental Championship
Mereka, komuniti gusti di internet (IWC) mengatakan perlawanan ini akan menjadi bosan. Ya, betul dugaan mereka. Perlawanan ini sepatutnya dilangsungkan ketika Battleground tetapi kecederaan Ryback memaksa perlawanan diletakkan di SummerSlam. Boleh dikatakan ini adalah perlawanan squash (perlawanan cepat). Big Show sudah tidak seganas dulu, The Miz pulak tak habis-habis mencari jalan untuk menang mudah. Memang dijangkakan Ryback menang.

Roman Reigns dan Dean Ambrose kalahkan Bray Wyatt dan Luke Harper
Saudara menentang saudara. 2/3 The Shield lawan 2/3 Wyatt Family mengingatkan kembali perlawanan epik ketika Elimination Chamber 2014 yang dimenangi Wyatt Family. Satu lagi perlawanan yang solid, pejal, padat. Dimenangi oleh Roman Reigns dan Dean Ambrose

Seth Rollins (Juara WWE World Heavyweight Champion) kalahkan John Cena (Juara United States Champion), pemenang ambil semua.
Ini sepatutnya menjadi main event. Dua kejuaraan dipertaruhkan. Seth Rollins, seorang heel yang dibenci oleh WWE Universe, semakin dibenci apabila kemenangannya ditolong oleh anasir luar, Jon Stewart, yang sepatutnya hanya menjadi hos jemputan telah membuatkan upset kepada peminat Cena dengan memukul Cena menggunakan kerusi besi lalu memberi laluan untuk Seth Rollins memenangi perlawanan itu sekaligus berbangga dengan dua kejuaraan yang dimenanginya.

Seth Rollins; Juara WWE World Heavyweight Champion dan US Champion

Team PCB kalahkan Team Bella dan Team B.A.D
Aku tak tengok perempuan gaduh sejak AJ Lee bersara. Haha. Team PCB menang.

Kevin Owens kalahkan Cesaro
Ini boleh aku katakan sebagai push up match. Perlawanan yang berstatus tinggi bagi mid card. Tiada kejuaraan dipertaruhkan, hanyalah mahu tengok fanbase siapa yang lebih besar. Cesaro ataupun Kevin Owens. Masing-masing mempunyai set gerakan yang istimewa dan KO Powerbomb menamatkan segalanya.

The Undertaker kalahkan Brock Lesnar
Perlawanan yang dinantikan. Undertaker mahu membalas dendam Wrestlemania XXX tahun lalu. Dia mengambil masa 16 bulan untuk mengumpul dendam kepada Brock Lesnar. Tapi sayang, Brock Lesnar terlalu kuat sehingga Undertaker terpaksa memalsukan kekalahan, membuat pukul curi kepada Brock Lesnar untuk memenangi perlawanan ini. Perlawanan yang jauh lebih seronok berbanding dengan Wrestlemania XXX tahun lalu.


Low Blow City Bitch!!
Brock Lesnar memberikan isyarat yang bukan PG kearah Undertaker
Ramai orang tak puas hati dengan kemenangan Undertaker dengan cara macam itu. Tapi bagi aku, biarlah gusti ini berskrip, tapi jangan sampai tak logik sehinggakan seorang pakcik berumur 50-an boleh mengalahkan seorang anak muda berumur 30-an, bekas pemegang UFC World Heavyweight Champion pulak tu.

Apa korang nak tengok Nikki Bella kalahkan Ronda Rousey??

PRAKATA




Gusti atau nama inggerisnya Wrestling adalah sebuah sukan yang diasaskan di Greece beribu tahun yang lalu. Itu adalah gusti versi original dimana korang boleh menontonnya di sukan olimpik. Tetapi pada kurun ke 21, kegeniusan manusia telah mengevolusikan gusti original ini kepada gusti professional iaitu sebuah sukan hiburan dimana ianya seakan lebih kompetitif tapi sebenarnya tidak dan ia mempunyai jalan cerita. 

Kita sebagai penonton haruslah menontonnya sebagai hiburan seperti drama petang-petang dan bukannya menontonnya dengan sifat penuh kesukanan seperti melihat perlawanan bola sepak Piala Malaysia.

Aku berkenalan dengan gusti ini lebih kurang pada tahun 2001 dengan rancangan WWE SmackDown malam jumaat jam 11 di tv3. Ketika itu, nama-nama seperti The Rock, The Undertaker, Stone Cold, Brock Lesnar, Triple H, Kane sedang dikemuncaknya dan nama seperti John Cena, Randy Orton, Rey Mysterio, Edge hanyalah sebagai pemenuh jadual sahaja. 

Ketika itu aku tak paham apa yang digaduhkan sebab diorang cakap Inggeris. Yang aku ingat hanya Hulk Hogan yang menyamar menjadi Mr.America bergaduh dengan Vince McMahon tentang seorang penggusti berkaki satu. Entah bagaimana ceritanya tu pun aku tak tahu. Ketika itu baru aku tahu gusti itu lakonan.

Zach Gowen dan Mr.America
Mr.America gaduh dengan Vince McMahon
Tapi itu dulu, dimana aku hanya disajikan dengan rancangan WWE SmackDown yang dah dirakam beberapa minggu sebelum tu dan aku tak tahu pun apa itu PPV dan kenapa perlawanan merebut kejuaraan tiada di SmackDown. Jahilnya rasa ketika itu. Kini, boleh dikatakan setiap minggu aku akan menonton RAW dan mengikut perkembangan setiap watak ditambah lagi menyimpan semua PPV yang ada untuk dijadikan koleksi. Itu tidak cukup kuat untuk mengatakan aku ini penggemar gusti tegar, tapi cukuplah daripada jahil terus tentang dunia gusti ini.

Blog ini untuk semua, penggemar tegar, penggemar tak tegar, penggemar yang baru nak gemar dan juga pembenci yang tak habis-habis mengatakan bahawa gusti professional itu palsu (fake) dan juga sesiapa sahaja yang nak tahu tentang gusti professional masa kini.

Oleh kerana orang Malaysia hanya menonton WWE, maka rangkuman blog ini kebanyakannya daripada RAW, SmackDown dan NXT sahaja. Nanti kalau aku tulis banyak-banyak pasal Lucha Underground, TNA Impact!, Ring Of Honor, New Japan Pro-Wrestling, Global Force Wrestling tak ada siapa nak baca.


Enjoy!!