Gusti atau nama inggerisnya Wrestling adalah sebuah sukan yang diasaskan di Greece beribu tahun yang lalu. Itu adalah gusti versi original dimana korang boleh menontonnya di sukan olimpik. Tetapi pada kurun ke 21, kegeniusan manusia telah mengevolusikan gusti original ini kepada gusti professional iaitu sebuah sukan hiburan dimana ianya seakan lebih kompetitif tapi sebenarnya tidak dan ia mempunyai jalan cerita.
Kita sebagai penonton haruslah menontonnya sebagai
hiburan seperti drama petang-petang dan bukannya menontonnya dengan sifat penuh
kesukanan seperti melihat perlawanan bola sepak Piala Malaysia.
Aku
berkenalan dengan gusti ini lebih kurang pada tahun 2001 dengan rancangan WWE
SmackDown malam jumaat jam 11 di tv3. Ketika itu, nama-nama seperti The Rock,
The Undertaker, Stone Cold, Brock Lesnar, Triple H, Kane sedang dikemuncaknya
dan nama seperti John Cena, Randy Orton, Rey Mysterio, Edge hanyalah sebagai
pemenuh jadual sahaja.
Ketika itu aku tak paham apa yang digaduhkan sebab
diorang cakap Inggeris. Yang aku ingat hanya Hulk Hogan yang menyamar menjadi
Mr.America bergaduh dengan Vince McMahon tentang seorang penggusti berkaki
satu. Entah bagaimana ceritanya tu pun aku tak tahu. Ketika itu baru aku tahu
gusti itu lakonan.
![]() |
| Zach Gowen dan Mr.America |
![]() |
| Mr.America gaduh dengan Vince McMahon |
Blog ini
untuk semua, penggemar tegar, penggemar tak tegar, penggemar yang baru nak
gemar dan juga pembenci yang tak habis-habis mengatakan bahawa gusti
professional itu palsu (fake) dan juga sesiapa sahaja yang nak tahu tentang
gusti professional masa kini.
Oleh kerana
orang Malaysia hanya menonton WWE, maka rangkuman blog ini kebanyakannya
daripada RAW, SmackDown dan NXT sahaja. Nanti kalau aku tulis banyak-banyak
pasal Lucha Underground, TNA Impact!, Ring Of Honor, New Japan Pro-Wrestling,
Global Force Wrestling tak ada siapa nak baca.
Enjoy!!



No comments:
Post a Comment