PPV pertama yang mengasingkan dua brand dan ini khas untuk SmackDown. Dua kejuaraan baru dipertandingkan, dengan dua perlawanan pertahankan kejuaraan.
Six-pack elimination challenge
Cabaran penyingkiran enam orang perempuan bagi merebut
WWE Smackdown Woman Championship. Selalunya aku tak ambil port pasal gusti
perempuan ni lebih-lebih lagi yang melibatkan perempuan-perempuan gedik. Tapi
untuk match pertama ini, ia mengambil perhatian aku. Perlawanan yang solid
ditunjukkan oleh Becky Lynch, Alexa Bliss, Carmella, Naomi, Natalya dan Nikki
Bella. Kemenangan mutlak oleh Becky Lynch setelah setahun dia dikaburi oleh bayangan
Charlotte dan Sasha Banks. Roster perempuan di Smackdown ini tak ramai, ada 6
orang tu je la. Campur seorang lagi, yang tengah digantung 30 hari, Eva Marie.
WWE Smackdown Tag Team Championship
Aku masih lagi tak dapat terima lagi nama baru untuk tag
team championship kat smackdown ni. Sama lah dengan designnya, yang sama dengan
tag team untuk raw. Hanya warna yang membezakan keduanya. Tapi itu bukan
penghalang untuk aku enjoy jalan cerita yang begitu menghiburkan dalam tag team
division ini. Dengan kembalinya Heath Slater, the hottest free agent
bergandingan dengan Rhyno mencabar kejuaraan ini untuk Heath mendapatkan
kontrak.
Tak cukup dengan itu, American Alpha, stable paling
berpengaruh dalam Smackdown yang pada mulanya menjadi favourite sebelum The
Usos, memusnahkan segalanya. Ye, Usos menjadi heel, dan imejnya dalam PPV kali
ini memang terbaik.
Perlawanan akhir antara Heath dan Rhyno menentang Usos. Akhirnya
dengan Rhyno melakukan Spear terhadap Jimmy Uso, membuatkan Heath melakukan
pin. Heath Slater, Rhyno membuat kejutan memenangi WWE Smackdown Tag Team
Championship sekaligus kontrak untuk Heath Slater. Bolehlah Slater memberi
makan anak-anaknya nanti.
Miz, Heel sebenar.
Kelemahan Smackdown, bagi aku adalah diorang tiada heel yang
kuat. Kalau RAW kita ada Stephanie McMahon. Kalau Smackdown, Miz lah orangnya. Dengan
pipebomb nya terhadap Daniel Bryan di Talking Smack tempoh hari menyerlahkan
karakter heel sejati. Sehinggalah Dolph Ziggler mencabarnya untuk
Intercontinental Championship.
Seperti dijangka, Maryse mengganggu perlawanan, menyembur
cecair ke muka Dolph Ziggler dan Miz dengan Skull Crusher Finale nya, pin dan
masih lagi mempertahankan Intercontinental Championshipnya.
Kepulangan Demon Kane.
Randy Orton tak dapat medical release untuk perlawanan ini,
menyebabkan Bray Wyatt menang tanpa bertanding tetapi dia dijadualkan untuk
berlawan dengan Demon Kane, No Hold Barred. Kenapa No Hold Barred? Sebabnya Randy
Orton datang dan meng RKO outtanowhere Bray Wyatt dan memberikan kemenangan
kepada Kane. Sudah lama rasanya Kane tak menang PPV kan?
Zaman kejatuhan Ambrose?
Dean Ambrose VS Aj Styles. Ramai yang bersorak kepada AJ,
bukan kepada Ambrose. Entah kemana sorakan Ambrose ketika dia memenangi Money
in The Bank tempoh hari. Malam ini masing-masing bersorak untuk Aj. Seperti ramalan,
AJ Style menang selepas buat low blow ketika ref tak nampak diikuti dengan
Style Clash.
PPV ini adalah contoh PPV yang bagus, dengan jalan cerita
yang cukup menghiburkan, tak hairanlah Smackdown lebih digemari dari RAW. Jadi
persoalannya, apa selepas ini untuk Randy Orton, Kane, Bray wyatt, Baron
Corbin, Dolph Ziggler dan yang paling penting adalah John Cena. Semoga mereka
akan dinaungi sebaiknya oleh team kreatif SmackDown.