Tuesday, September 22, 2015

REVIEW NIGHT OF CHAMPIONS 2015



Night of Champions adalah PPV yang mana semua kejuaraan akan dipertaruhkan dalam satu malam. Oleh sebab itu, Seth Rollins perlu mempertahankan dua kejuaraan yang dipegangnya masa kini iaitu WWE World Heavyweight Champion dan WWE US Champion. Hanya perlawanan Rusev lawan Dolph Ziggler dan Wyatt Family lawan Roman Reigns, Dean Ambrose sahaja yang tidak mempertaruhkan apa-apa kejuaraan.

Kevin Owens rampas kejuaraan dari Ryback
Perlawanan pembukaan, Kevin Owens mencabar Ryback untuk kejuaraan Intercontinental Champion. Sememangnya Kevin Owens adalah calon favourite untuk perlawanan ini. Ryback pula seperti kurang mendapat tentangan ketika rejimnya memegang Intercontinental Champion. Setelah bergusti berbelas minit, akhirnya Kevin Owens berjaya pin Ryback setelah membuat counter attack daripada Shell Shock Ryback. Main tipu juga Kevin Owens tu. Baru nak tengok Kevin Owens buat Pin up Powerbomb kat Ryback.

Rusev malang lagi
Kalau ada mana-mana dikalangan korang yang merasakan diri itu kurang bernasib baik, tengoklah Rusev, malang dia jatuh bertimpa-timpa. Bermula dengan kehilangan US Champion kepada John Cena, Lana berpaling tadah, injured kaki pulak lepas tu. Lana couple dengan Dolph Ziggler, dapat partner dengan Summer Rae (ini pun nasib malang jugak.) dan malam ni, kalah dengan Dolph Ziggler, kene baling high heel dengan Summer Rae pulak tu. Bertabahlah Rusev.

#Savethetable
Aku menunggu match ni. Memang epic. Antara stable paling diminati masa kini dan stable paling hebat sepanjang zaman. New Day vs. Dudley Boyz. Seperti biasa New Day memulakan kempen #savethetable dan Dudley Boyz counter kempen tersebut dengan #getthetable. 

Feud antara dua stable ini memang kelakar. Dan ini mungkin disebabkan Xavier Woods, dia adalah individu yang bertanggungjawab membuatkan New Day diminati macam sekarang. Dan akhirnya perlawanan ini dimenangi Dudley Boyz dengan keputusan disqualification kerana Woods masuk campur ketika gerakan 3D telah dibuat keatas Kofi Kingston. Sekaligus menyaksikan New Day masih memegang title Tag Team Champion. Apa yang menarik selepas itu adalah Big E mengarahkan Woods untuk mengambil meja. Tetapi dibalas oleh Dudley Boyz dengan gerakan 3D di atas meja kepada Xavier Woods. Classic!!

Charlotte menang. Yeay!!
Setelah Nikki Bella memecahkan rekod pemegang paling lama Divas Champion dalam satu rejim selama 301 hari. Akhirnya Charlotte berjaya mengalahkan Nikki Bella dan memegang Divas Champion buat kali pertama. Itu pun ada suara-suara halus mengatakan hanya kerana Charlotte tu anak Ric Flair barulah dia menjadi Divas Champion. Tapi aku masih sedih kerana rekod AJ Lee sudah dileburkan. Huhu.

Dominasi Wyatt Family.
Dikala Dean Ambrose dan Roman Reigns mencari partner baru untuk 6 man tag team match. Wyatt Family sudah menjadi terlalu kuat. Kehadiran Jericho untuk menyertai Dean dan Roman tidak menjadi ancaman langsung buat Wyatt Family yang mempunyai Sister Abigail’s Black Sheep iaitu Braun Strowman. Kesudahannya Dean, Roman dan Jericho tewas setelah Jericho kena gerakan Yokosuka Cutter dari Braun. Ye, ini adalah amaran untuk Dean dan Roman untuk mencari ahli baru.

John Cena menang lagi.
US champion dalam taruhan, perlawanan pertama Seth Rollins untuk malam ini. Selepas ini dia perlu berlawan lagi untuk WWE World Heavyweight Champion pula. Perlawanan yang agak simple, tiada drama tapi masih nampak menarik kerana gerakan dan bantingan yang cantik dari kedua penggusti. Dan akhirnya John Cena berjaya memenanginya setelah mengenakan Attitude Adjustment kepada Seth.

Sting vs. Seth Rollins.
Apa yang korang expect dari seorang pakcik berumur 56 tahun ketika berlawan seorang anak muda berumur 29 tahun. Hampir sekali ganda umur mereka. Meskipun begitu beza antara mereka, Sting masih berbisa, masih mampu melompat, membanting diri lalu memecahkan meja pengulas berbahasa Sepanyol. Tapi malang bagi Sting, dia mengalami kecederaan belakang selepas Seth membalingnya kearah bucu gelanggang. Aku ingatkan Seth akan menang dengan main tipu tetapi tidak. Seth menang clean. Dia counter gerakan Sharpshooter Sting untuk membuat pin fall, sekaligus masih lagi memegang WWE World Heavyweight Champion.

Tiba-tiba Sheamus masuk membawa briefcase Money In the Bank bersama referee. Dia ingin cash in briefcase itu malam ini. Setelah mem Brogue Kick Seth, dia memberikan briefcase kepada referee. Belum sempat referee memulakan perlawanan baru, Kane, The Big Red Machine masuk dengan topeng dan outfit merahnya. Dia men Chokeslam Seth, kemudian men Chokeslam Sheamus sebelum membuat Piledriver kepada Seth Rollins.


Satu ending yang membuat semua tertanya-tanya. Kenapa Kane buat begitu setelah kali terakhir diberitahu yang dia sedang bercuti di Hawaii. Mungkin dia jumpa bomoh di Hawaii lalu mengubah fikiran. Haha.

Tuesday, September 1, 2015

HIGHLIGHT RAW (2 SEPT 2015)


Setelah Sting muncul minggu lepas, Seth Rollins jadi tak keruan. Sebabnya Sting akan menjadi calom untuk menentang Seth Rollins bagi WWE World Heavyweight Champion pada Night Of Champions nanti. Apa kisah mereka minggu ini.

Sting membuka RAW.
Setelah diwar-warkan RAW akan dibatalkan minggu kerana taufan Erika. WWE juga mengumumkan jika RAW tidak dibatalkan, Sting akan membuka RAW pada minggu ini. Dan apa yang Sting katakan adalah Seth Rollins tidak layak untuk memilik statue miliknya sendiri kerana kehebatan dia tidak sampai separuh kehebatan Triple H yang mengatasi Sting pada Wrestlemania 31 yang lalu.
 
Sting kick-off untuk RAW


Beat the Clock untuk menjadi calon nombor 1 kejuaraan Divas Champion.
Buat kali pertama sejak aku layan WWE ni, diva akan ada tiga match dalam RAW. Inilah Diva Revolution yang dicanangkan oleh Stephanie McMahon. Becky Lynch mengalahkan Alicia Fox dalam masa 3:21, Charlotte mengalahkan Brie Bella dalam masa 1:40, dan akhir sekali, Paige gagal mengalahkan Sasha Banks dalam masa 1:40 sekaligus membuatkan Charlotte menjadi calon nombor 1.

Charlotte anak Ric Flair bakal dapat title hujung bulan ni

Beat that clock by Nikki Bella.....  AJ Lee :( 


Dolph Ziggler bertuala
Ini antara yang berlaku dalam perbalahan Dolph dan Rusev, dipanaskan lagi dengan masuk campur dari Summer Rae dan Lana. Summer Rae sebagai heel telah membuat sesuatu yang old school dengan dengan masuk ke bilik Dolph Ziggler. Kemudian dia berlari keluar dari bilik itu meninggalkan Dolph tidak berpakaian dan hanya bertuala bertujuan untuk membuat Lana berfikiran negatif dan akhirnya mahu berpisah dengan Dolph. Klasik, sangat klasik.

Kontroversi. 
Seth Rollins kena kerja keras.

Nampaknya sekali lagi Seth Rollins perlu membuktikan yang dia adalah penggusti yang hebat dengan berlawan dua perlawanan dalam Night of Champions nanti apabila John Cena keluar diakhir segmen untuk menebus klausa perlawanan semula. Dan Stephanie McMahon meluluskannya. Maknanya pada Night of Champions, Seth Rollins akan menentang John Cena untuk WWE United States Champion dan Sting untuk WWE World Heavyweight Champion. Nice storyline WWE.

Yang ni lawan dia, Yang tu lawan dia pulak.

Kami sedia!!!