Setelah Sting muncul minggu lepas,
Seth Rollins jadi tak keruan. Sebabnya Sting akan menjadi calom untuk menentang
Seth Rollins bagi WWE World Heavyweight Champion pada Night Of Champions nanti.
Apa kisah mereka minggu ini.
Sting membuka RAW.
Setelah diwar-warkan RAW akan
dibatalkan minggu kerana taufan Erika. WWE juga mengumumkan jika RAW tidak
dibatalkan, Sting akan membuka RAW pada minggu ini. Dan apa yang Sting katakan
adalah Seth Rollins tidak layak untuk memilik statue miliknya sendiri kerana
kehebatan dia tidak sampai separuh kehebatan Triple H yang mengatasi Sting pada
Wrestlemania 31 yang lalu.
Beat the Clock untuk menjadi calon
nombor 1 kejuaraan Divas Champion.
Buat kali pertama sejak aku layan WWE
ni, diva akan ada tiga match dalam RAW. Inilah Diva Revolution yang dicanangkan
oleh Stephanie McMahon. Becky Lynch mengalahkan Alicia Fox dalam masa 3:21,
Charlotte mengalahkan Brie Bella dalam masa 1:40, dan akhir sekali, Paige gagal
mengalahkan Sasha Banks dalam masa 1:40 sekaligus membuatkan Charlotte menjadi
calon nombor 1.
![]() |
| Charlotte anak Ric Flair bakal dapat title hujung bulan ni |
![]() |
| Beat that clock by Nikki Bella..... AJ Lee :( |
Dolph Ziggler bertuala
Ini antara yang berlaku dalam perbalahan
Dolph dan Rusev, dipanaskan lagi dengan masuk campur dari Summer Rae dan Lana.
Summer Rae sebagai heel telah membuat sesuatu yang old school dengan dengan
masuk ke bilik Dolph Ziggler. Kemudian dia berlari keluar dari bilik itu
meninggalkan Dolph tidak berpakaian dan hanya bertuala bertujuan untuk membuat
Lana berfikiran negatif dan akhirnya mahu berpisah dengan Dolph. Klasik, sangat klasik.
![]() |
| Kontroversi. |
Seth Rollins kena kerja keras.
Nampaknya sekali lagi Seth Rollins
perlu membuktikan yang dia adalah penggusti yang hebat dengan berlawan dua perlawanan
dalam Night of Champions nanti apabila John Cena keluar diakhir segmen untuk
menebus klausa perlawanan semula. Dan Stephanie McMahon meluluskannya. Maknanya
pada Night of Champions, Seth Rollins akan menentang John Cena untuk WWE United
States Champion dan Sting untuk WWE World Heavyweight Champion. Nice storyline
WWE.
![]() |
| Yang ni lawan dia, Yang tu lawan dia pulak. |
![]() |
| Kami sedia!!! |







No comments:
Post a Comment