![]() |
| Riho Chan :-( |
AEW Revolution (2020)
Pay per view (PPV) pertama AEW tahun ini. Revolution bukanlah nama yang sedap untuk PPV. Bukan nama event yang menjadi pertaruhan, tetapi isi kandungannya yang akan dijadikan bualan.
Debut Jake Hager.
Ramai yang tahu, Jake Hager adalah seorang MMA fighter dan juga Jericho's bitch. Dustin Rhodes pula adalah abang kepada Cody. Jake Hager agak kekok menjadi seorang yang garang memanjang. No chill lah orang kata. Dan ending match ini agak anticlimax. Jake Hager buat sleeper hold dekat Dustin dan Dustin pun tap out. Simple.
Darby Allin Kalahkan Sammy Guevara.
Dua orang yang punyai potensi menjadi superstar di AEW bertembung. Fast match, good intensity. Walaupun dibelasah Sammy sebelum loceng dibunyikan, Darby Allin tetap menjadi pujaan peminat-peminat di dalam dewan. Satu Coffin Drop. Sammy pun kalah.
![]() |
| The Buckshort Lariat yang tak kesampaian |
Adam Page: Suatu Misteri
Tag team Championship Match, Adam Page, Kenny Omega lawan Young Bucks. Orang kata ini adalah match of the night. Yup, memang menarik dan penuh emosi. Sampai satu tahap Matt Jackson snap out, belasah Adam Page tanpa belas kasihan. Akhirnya Adam Page dan Kenny Omega berjaya mengalahkan Young Bucks dalam masa 30 minit. Selepas habis match, Adam Page hampir ingin melakukan The Buckshot Lariat kepada Kenny. Tapi niat dihentikan. Apa yang berada dalam fikiran Adam Page?
Nyla Rose lawan Kris Statlander.
Walaupun AEW ada krisis dengan karisma woman division. Inilah masanya mereka berevolusi. Match yang tidak bosan sangat, lagi-lagi dapat lihat Kris Statlander senyum. Cuma Nyla Rose terlalu kuat dan dapat mengekalkan Woman Champion beliau.
MJF pecah muka dibelasah Cody.
Satu lagi match emosi. MJF datang dengan penuh riak bersama Wardlow, manakala Cody datang bawak kawan-kawan, coach, isteri dan band untuk mainkan theme song beliau. Mereka bertembung, kali pertama. Untuk Cody membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada Full Gear lalu. MJF berdarah muka dibelasah Cody. Cody menguasai gelanggang. MJF tak dapat berbuat apa-apa, Sehinggalah MJF menumbuk muka Cody dengan cincin berlian. Cody pengsan, MJF pin. 1,2,3. MJF kalahkan Cody. Ini upset. Dewan senyap. Terkedu, hero pujaan kalah kepada penjahat keji. Cody kalah sekali lagi dalam PPV.
![]() |
| Superman Punch bai. Superman Punch!! |
Pac VS Orange Cassidy.
Ini adalah Match Of the Night bagi aku. Siapa sangka Orange Cassidy boleh bergusti macam tu. Damn. 13 minit yang sangat menghiburkan. Cuma sedikit kecewa apabila Orange Cassidy tidak melakukan 450 splash. Kita semua tahu Pac akan menang, tapi dengan intensity yang macam ni. Wow. Kali terakhir aku rasa seronok macam ni adalah masa Extreme Rules 2014, Match WeeLC antara El torito lawan Hornswoggle. Orange Cassidy patut dapat title. AEW, sila buat secondary title untuk mid carder.
![]() |
| Grrr.. Grr.. |
Final Match, Your Main Event of the evening.
Ini satu lagi match berdarah. Jon Moxley kalahkan Chris Jericho. Match yang biasa-biasa. Mungkin kerana faktor umur Jericho tapi masih menghiburkan. Dengan Inner Circle membantu Jericho dan hampir membuahkan hasil. Moxley akhirnya membuka penutup mata kanannya, mengeluarkan segala chakuranya untuk melakukan Paradigm Shift terhadap Jericho. Boom. JON MOXLEY IS YOUR NEW AEW CHAMPION.
Ending.
Jon Moxley memang dijangka menang, dan mungkin pencabar seterusnya adalah Pac atau mungkin juga Lance Archer. Siapa tahu.
PPV yang solid. Rasanya inilah sebab AEW inginkan hanya 4 PPV setahun. Untuk deliver rasa puas hati yang teramat sangat untuk peminatnya. Ya, jauh beza dengan Super Showdown. Storyline yang cantik lagi-lagi pasal Adam Page dan Young Bucks. Next AEW PPV, Double or Nothing May nanti. Semoga AEW terus success.









