Wednesday, January 29, 2020

Review Royal Rumble 2020

Apabila kau perasan juara Royal Rumble lelaki tiada dalam gambar dan Sasha Banks tiada pun dalam PPV ni

First pay-per-view (PPV) untuk tahun ini. Macam tahun-tahun sebelumnya, Royal Rumble akan memdahului senarai PPV pada tahun 2020.

Roman Reign Terus Mara untuk Rakyat Semua
Perlawanan pertama dengan ketetapan Jatuh Kira Dimana-mana (Fall Count Anywhere) menampilkan Roman Reign berjaya mengalahkan Raja Paling Menjengkelkan, King Corbin. Walaupun dengan bantuan dari Dolph Ziggler dan Robert Roode, Corbin tetap gagal menewaskan Reigns. Ye la, Reigns pun bawak kroni jugak, Jimmy dan Jey Uso yang berambut pendek. Keseluruhan match ini menghiburkan. Roman dapat cheer dan berharap agar beliau terus mendapat cheer dari peminat seantero dunia.

Royal Rumble Wanita
Memang dapat dijangka pemenangnya. Memandangkan ini baru edisi ketiga royal rumble wanita. Sudah pasti kita dapat jangka pemenangnya datang dari powerhouse division wanita. Powerhouse nya adalah seperti, Alexa Bliss, Charlotte, Shayna Bazsler dan mungkin Kairi Sane. Yang lain hanyalah pelengkap sahaja. Mujur Santina Marella datang memeriahkan suasana. Tiada comeback yang dinanti (baca: Ronda Rousey) dan yang paling mengejutkan adalah ramai dari NXT iaitu seramai 12 orang. Wow.

Bayley kalahkan Lacey
Heel Bayley kalahkan Face Lacey. Tiada yang istimewa. bak kata internet wrestling community. A piss break.

The Fiend: dipijak-pijak tak mati
Kekebalan The Fiend diteruskan. Walaupun tidak bergusti dibawah cahaya senja nan merah. The Fiend masih utuh membelasah Daniel Bryan seadanya. Salah Daniel juga yang memilih ketetapan Strap Match dimana kedua-dua perlu diikat dengan tali supaya tidak dapat melarikan diri. The Fiend masih kebal tanpa calar dari mana-mana pencabarnya lagi.

Becky Lynch; The Man yang semakin mengada-ngada.
Tahukan anda ketika Becky muncul dengan gimik The Man, semua orang menjadi gila lalu menggelarkan beliau sebagai jelmaan Stone Cold versi wanita. Kemudian mula digandingkan dengan Seth Rollins yang juga tunangannya di dunia nyata. Lalu menyebabkan aura The Man itu hilang, Jelmaan Stone Cold menjadi Jelmaan Chyna. Kini, The Man hanyalah watak yang perlu dihapuskan menurut pendapat internet wrestling community (IWC). Dan watak yang bertanggungjawab menghapuskannya hanyalah Ronda Rousey.

Lalu menyebabkan Asuka perlu kalah dalam perlawanan ini.

Menitis air mata jantan Drew McIntyre. Terharu la tu,

Royal Rumble Lelaki.
Segalanya menghiburkan. Brock Lesnar sebagai peserta no.1 (walaupun peserta no.2 juga bermula sama dengan peserta no.1, tiada siapa kisah dengan peserta no.2). Gabungan sementara Kofi, Big E dan Rey Mysterio. Kali ini Kofi tidak melakukan aksi stunt seperti edisi-edisi lepas. Baguslah sebab Kofi ini bekas Juara Dunia, dah naik standard. Seth Rollin bawa pengikutnya belasah Samoa Joe dan Kevin Owens. Dan yang paling di highlightkan adalah

Edge is back. Satu-satunya entrance royal rumble yang ada pyro. Spear dimana-mana, ke siapa saja. bertahan selama 23 minit (ketiga paling lama selepas Brock dan Drew) sebelum dihumban keluar oleh Roman Reigns.

Drew McIntyre sebagai juara juga sangat bertepatan. Daripada dia bergelumang dengan King Corbin seperti sebelum ini, eloklah jika dia bergerak secara solo. Maka dengan kemenangan ini, Drew McIntyre akan menjadi main event untuk Wrestlemania 36 dan akan berentap dengan pemegang WWE Championship sekarang ini. Brock Lesnar.

Perlawanan impian bukan?

Kesimpulan
PPV yang fresh, kebanyakannya menarik, dan permulaan yang bagus untuk dekad 20-an ini.


Nak tengok PPV ini? Tekan SINI


Tuesday, January 14, 2020

Selamat Tahun 2020

Match of the Year: Moxley v. Omega. AEW Full Gear. November 9, 2019


Selamat Tahun 2020.

Tahun 2019, adalah tahun yang baik dalam kalendar gusti antarabangsa. Dengan tertubuhnya satu lagi wrestling promotion iaitu AEW. Dibiayai oleh Tony Khan, anak pemilik Kelab Ragbi Amerika, Jacksonville Jaguars. Sekali gus memberi saingan yang sihat untuk mencabar monopoli WWE.

Tahun 2019 juga, mengembalikan apa yang dipanggil sebagai Rating War sepertimana yang berlaku lebih 20 tahun lepas antara WWE dan WCW. Tetapi kali ini WWE dicabar oleh promotion baru, AEW yang diketuai oleh Cody Rhodes. AEW diwakili oleh Wednesday Night Dynamite manakala WWE diwakili oleh WWE NXT.

Selain daripada dua promosi utama ini. Promosi yang lain turut berusaha untuk menjadikan mereka lebih baik. Seperti NJPW semakin mendapat tempat dihati peminat antarabangsa. NWA, entah dari mana kembali menjadi bait-bait dibibir peminat. Impact juga, bagaikan phoenix cuba untuk bangkit dari abu. Melangsungkan enam PPV berbanding separuh dari tahun sebelumnya.

Berkata tentang phoenix. Nor 'Phoenix' Diana, Penggusti Wanita pertama Malaysia, telah dipanggil untuk menyertai Pro-Wrestling: EVE (EVE) yang bertapak di United Kingdom. Perlu diketahui EVE ini telah melahirkan penggusti hebat seperti Paige, Nikki Cross dan pemegang NXT UK Woman Champion kini, Kay Lee Ray. Semoga Phoenix terus maju untuk industri gusti tanah air.

2019 tahun yang hebat.

2020?