![]() |
| Match of the Year: Moxley v. Omega. AEW Full Gear. November 9, 2019 |
Selamat Tahun 2020.
Tahun 2019, adalah tahun yang baik dalam kalendar gusti antarabangsa. Dengan tertubuhnya satu lagi wrestling promotion iaitu AEW. Dibiayai oleh Tony Khan, anak pemilik Kelab Ragbi Amerika, Jacksonville Jaguars. Sekali gus memberi saingan yang sihat untuk mencabar monopoli WWE.
Tahun 2019 juga, mengembalikan apa yang dipanggil sebagai Rating War sepertimana yang berlaku lebih 20 tahun lepas antara WWE dan WCW. Tetapi kali ini WWE dicabar oleh promotion baru, AEW yang diketuai oleh Cody Rhodes. AEW diwakili oleh Wednesday Night Dynamite manakala WWE diwakili oleh WWE NXT.
Selain daripada dua promosi utama ini. Promosi yang lain turut berusaha untuk menjadikan mereka lebih baik. Seperti NJPW semakin mendapat tempat dihati peminat antarabangsa. NWA, entah dari mana kembali menjadi bait-bait dibibir peminat. Impact juga, bagaikan phoenix cuba untuk bangkit dari abu. Melangsungkan enam PPV berbanding separuh dari tahun sebelumnya.
Berkata tentang phoenix. Nor 'Phoenix' Diana, Penggusti Wanita pertama Malaysia, telah dipanggil untuk menyertai Pro-Wrestling: EVE (EVE) yang bertapak di United Kingdom. Perlu diketahui EVE ini telah melahirkan penggusti hebat seperti Paige, Nikki Cross dan pemegang NXT UK Woman Champion kini, Kay Lee Ray. Semoga Phoenix terus maju untuk industri gusti tanah air.
2019 tahun yang hebat.
2020?

No comments:
Post a Comment