Ahad lepas,
SummerSlam di Brooklyn sehari selepas NXT TakeOver juga di Brooklyn. Selama 4
jam, WWe menyediakan 10 perlawanan yang mempunyai jalan cerita yang kukuh
memandangkan jarak antara SummerSlam dan PPV sebelum ini BattleGround yang jauh
iaitu enam minggu, cukup untuk 10 perlawanan ini mempunyai jalan ceritanya
masing-masing.
Sheamus
kalahkan Randy Orton.
Solid, dimenangi oleh
Sheamus. Penamat yang terbaik. Dua kali Brogue Kick dari Sheamus untuk Randy.
Harap lepas ini tiada lagi perbalahan dua orang ini.
New Day
kalahkan Prime Time Player (pemegang kejuaraan), Los Matadores dan Lucha Dragon
untuk Tag Team Championship
Perlawanan ini adalah
contoh rasicm yang ada dalam WWE dimana kumpulan orang hitam menentang kumpulan
orang Mexico. Haha. Yang menarik perhatian adalah kebijaksanaan New Day
memastikan yang mereka dapat merampas kembali Tag Team Champion daripada Prime
Time Player. Perlawanan yang seronok. Diakhiri dengan tarian tak masuk akal
oleh New Day. Seronok betul diorang ni menang. Kita yang tengok pun rasa
terhibur.
Dolph
Ziggler (dan Lana) kalahkan Rusev (dan Summer Rae)
Ending yang kurang
menarik. WWE masih tak mahu Rusev kena pin walaupun hari tu dah dikalahkan bersih
oleh John Cena membuatkan ramai yang tak puas hati dengan perlawanan ini dan
mengharapkan perbalahan diorang berakhir disini. Tapi tengok keadaan macam tak
akan habis kat SummerSlam je.
Stephen
Amell dan Neville kalahkan Stardust dan King Barret
Penampilan istimewa
pelakon Siri Arrow ini tidak banyak memberi impak, perlawanan yang agak biasa. Lebih
seronok promo nya berbanding perlawanan sebenar. Tapi jika dilihat dari sudut
positifnya, itu adalah pengha rgaan istimewa untuk Stephen Amell sebagai peminat
tegar WWE. Tunggulah 20 tahun, ada la tu Stephen Amell masuk Hall of Fame.
![]() |
| Stephen Amell membalingkan dirinya ke arah Stardust dan King Barret |
Ryback
(Juara) kalahkan Big Show dan The Miz untuk Intercontinental
Championship
Mereka, komuniti gusti di
internet (IWC) mengatakan perlawanan ini akan menjadi bosan. Ya, betul dugaan
mereka. Perlawanan ini sepatutnya dilangsungkan ketika Battleground tetapi
kecederaan Ryback memaksa perlawanan diletakkan di SummerSlam. Boleh dikatakan
ini adalah perlawanan squash (perlawanan cepat). Big Show sudah tidak seganas
dulu, The Miz pulak tak habis-habis mencari jalan untuk menang mudah. Memang dijangkakan
Ryback menang.
Roman Reigns
dan Dean Ambrose kalahkan Bray Wyatt dan Luke Harper
Saudara menentang
saudara. 2/3 The Shield lawan 2/3 Wyatt Family mengingatkan kembali perlawanan epik
ketika Elimination Chamber 2014 yang dimenangi Wyatt Family. Satu lagi perlawanan
yang solid, pejal, padat. Dimenangi oleh Roman Reigns dan Dean Ambrose
Seth Rollins
(Juara WWE World Heavyweight Champion) kalahkan John Cena (Juara United States
Champion), pemenang ambil semua.
Ini sepatutnya menjadi
main event. Dua kejuaraan dipertaruhkan. Seth Rollins, seorang heel yang dibenci
oleh WWE Universe, semakin dibenci apabila kemenangannya ditolong oleh anasir
luar, Jon Stewart, yang sepatutnya hanya menjadi hos jemputan telah membuatkan
upset kepada peminat Cena dengan memukul Cena menggunakan kerusi besi lalu memberi laluan untuk Seth Rollins memenangi
perlawanan itu sekaligus berbangga dengan dua kejuaraan yang dimenanginya.
![]() |
| Seth Rollins; Juara WWE World Heavyweight Champion dan US Champion |
Team PCB
kalahkan Team Bella dan Team B.A.D
Aku tak tengok perempuan
gaduh sejak AJ Lee bersara. Haha. Team PCB menang.
Kevin Owens
kalahkan Cesaro
Ini boleh aku katakan
sebagai push up match. Perlawanan yang berstatus tinggi bagi mid card. Tiada kejuaraan
dipertaruhkan, hanyalah mahu tengok fanbase siapa yang lebih besar. Cesaro
ataupun Kevin Owens. Masing-masing mempunyai set gerakan yang istimewa dan KO
Powerbomb menamatkan segalanya.
The
Undertaker kalahkan Brock Lesnar
Perlawanan yang
dinantikan. Undertaker mahu membalas dendam Wrestlemania XXX tahun lalu. Dia mengambil
masa 16 bulan untuk mengumpul dendam kepada Brock Lesnar. Tapi sayang, Brock
Lesnar terlalu kuat sehingga Undertaker terpaksa memalsukan kekalahan, membuat
pukul curi kepada Brock Lesnar untuk memenangi perlawanan ini. Perlawanan yang
jauh lebih seronok berbanding dengan Wrestlemania XXX tahun lalu.
![]() |
| Low Blow City Bitch!! |
![]() |
| Brock Lesnar memberikan isyarat yang bukan PG kearah Undertaker |
Ramai orang tak puas hati dengan
kemenangan Undertaker dengan cara macam itu. Tapi bagi aku, biarlah gusti ini
berskrip, tapi jangan sampai tak logik sehinggakan seorang pakcik berumur 50-an
boleh mengalahkan seorang anak muda berumur 30-an, bekas pemegang UFC World
Heavyweight Champion pulak tu.
Apa korang nak tengok Nikki Bella
kalahkan Ronda Rousey??





No comments:
Post a Comment