Hell in A Cell kali ini menampilkan
dua match dalam cell. Match antara Roman Reigns vs. Bray Wyatt dan juga The
Undertaker vs. Brock Lesnar.
Semua maklum bahawa lampu tinggi
adalah pada match Undertaker vs. Brock Lesnar. Mengharapkan pengakhiran trilogi
perbalahan antara dua kuasa besar dalam WWE ini. Prediksi aku untuk match ini
adalah kemenangan Brock Lesnar dengan melunyaikan The Undertaker. Bukan kerana
membenci Undertaker tapi cukuplah Undertaker, kawan-kawannya semua sudah mula
masuk ke Hall Of Fame, dia masih membanting tulang di atas gelanggang gusti.
Roman Reigns vs. Bray Wyatt, boleh
dikatakan ini adalah arch-enemis generasi baru. Seperti mana The Rock dan Stone
Cold, John Cena dan Randy Orton. Kali ini mereka akan bergusti dalam Hell in A
Cell tanpa gangguan rakan mereka iaitu Dean Ambrose, Braun Strowman dan Erick
Rowan. Khabarnya Luke Harper tidak ada kerana masalah peribadi. Aku predict
Roman Reigns akan menang.
Perlawanan tumpuan lain iaitu Seth
Rollins vs. Demon Kane. Perlawanan ini mengingatkan aku pada perlawanan Demon
Kane vs. Daniel Bryan pada Extreme Rules 2014. Menghiburkan tetapi tiada
effect. Jadi Seth Rollins lah akan menang. Walaupun stipulation nya mengatakan
jika Kane kalah, dia akan dilucutkan jawatan Director of Operation. Aku rasa
Kane akan ada jalan cerita lain.
John Cena Open Challenge. Prediksi mudah.
John Cena akan kalah, kerana dikhabarkan dia akan mengambil cuti panjang
selepas ini. So, pada sesiapa yang akan mencabar John Cena malam itu, pasti
akan menang. Dalam keadaan clean atau tidak, itu masih dalam persoalan.
Prediksi perlawanan lain.
Dudley Boyz kalah kan New Day.
Kevin Owens kalah kan Ryback
Charlotte kalahkan Nikki Bella
Jadi, marilah sama-sama kita menonton
Hell In a Cell pada Isnin, 26 Oktober jam 9.00 pagi.

No comments:
Post a Comment